Pages

Pencen - beli kereta cash - biasa sangat

Pencen - beli kereta cash - biasa sangat dah dengar ni...

Tuan sadiq : Saya baru pencen dan baru dapat keluar EPF ni, ingat nk keluarkan dan beli kereta secara tunai 45,000 untuk kegunaan keluarga.

Apiz : Kenapa nak beli secara tunai. Bazir je potential gain tunai tu. Harga kereta merosot setiap tahun. Setiap tahun kita bakar nilai cash beli kereta tu

Tuan Sadiq : Memang saya layak pinjam lagi cume saya xnak pening bayar instalment dengan interest bank lagi. Total pencen saya lebih kurang 260,000. Dalam masa terdekat saya nk setelkan apa yang patut + belanja dalam 100k, bayar kereta 45k dan baki 115k tu saya simpan.

Apiz : Camni la, kalau saya kata bole beli kereta secara pinjaman tapi xpayah bayar instalment , maksudnya free selama tempoh 5 tahun, baki bole simpan ade lagi 135k. Lepas 5 tahun habis bayar kereta tadi, saya tambah lagi 40k, Nak tak?

Tuan Sadiq : Awk ni biar betul? Mcm nujum pak belalang je?

Apiz : ???.........

Tuan Sadiq : Wow! Ni bukan nujum dah ni, macam dukun dah idea awak ni. Bhahaha!

Terima kasih banyak atas idea tu. Xdela saya bazir EPF saya ni. Kerja dala bagai nak gile sampai 55tahun.

Apiz : Biasala tu bile duit banyak, akal akan hilang respons sikit, yang hebat masa tu nafsu. Dah tu ape lagi tuan, mamak la jom, xkan free je?

Tuan Sadiq : Haha . Okok jom

Anda nak tau macam mana? Belanja like sikit, baru saya share

P/s : skim sontot je suka cerita pasal beli kereta cash.

 Jeng, jeng, jeng,  - BACA SAMPAI FAHAM TAU

Total cash yang ada : 260k
Consumption : 100k
Balance : 160k

1. Daripada baki tunai yang tinggal, asingkan 10k dan 15k terlebih dahulu.
Baki 160k-(15k+10k) = 135k.  Letakkan didalam Buku ASB Tuan Sadiq. Dengan hanya dividen serendah 7.2% sahaja setahun , Acc ini akan peroleh purata dividen setahun seminimum 9.6k. Bagi mengelakkan terusik cash ini, tukarkan cash tersebut dalam bentuk sijil di pejabat PNB supaya nilai tadi tidak kelihatan di ‘last balance’ dalam buku.

2. Beli kereta OTR 45k tadi dengan 0 downpayment dengan rate 3% fixed interest untuk tempoh 5 tahun dengan instalment 800 sebulan atas nama Tuan Sadiq (pinjaman maksimum kereta max umur 65 tahun) sementara beliau masih berkerja selepas umur pencen. Bayaran setahun untuk instalment tersebut ialah 9.6k. Gunakan cash 10k (yang telah diasingkan tadi) untuk bayaran instalment setahun yang pertama.

3. Tahun berikutnya, gunakan dividen tahunan dari acc ASB tersimpan 135k tadi untuk bayaran instalment kereta setiap tahun bernilai 9.6k tanpa perlu mengusik satu sen pun dari nilai pokok 135k tadi. Disini komitmen pada instalment kereta telah terhapus. Ulang sampai 5 tahun habis pinjaman kereta tersebut.

4. Baki cash yang diasingkan 15k awal tadi gunakan pula untuk bayar advance payment ASB 200k tempoh pinjaman 25 tahun dengan instalment lebih kurang 1200 sebulan dan @ 15k setahun. Mohon pinjaman ini atas nama anak yg berusia 18 tahun keatas. Kelulusan pinjaman boleh diperoleh walaupun anak tadi masih belajar. Aplikasi kaedah pengubahan pada pinjaman ini (dividen bayar instalment) sampai tempoh tahun ke-5.

5. Sampai tahun ke-5, kereta tadi habis bayar dan komitmen kereta mati setakat itu. Untuk pembiayaan ASB atas nama anak tadi, cancel pinjaman tersebut. Dengan average rate 5.2% principal bernilai dalam 22k akan dipulangkan, dividen terakhir 15k dan jumlah lebihan dividen setiap tahun selama 5 tahun dalam 2k. Total cash yang diperoleh dari ASB financing ini ada dalam 40k.

6. Total cash ditangan campur dengan 135k tadi sudah menjadi 175k.

Tanpa mengusik nilai pokok simpanan tadi, semasa umur 60 tuan Sadiq dapat:-
  • Kereta berharga 9.6k yang sebenarnya berharga 45k
  • Free instalment kereta selama 4 tahun
  • Imbuhan bonus untuk acc ASB anaknya untuk 5 tahun akan datang
  • Dan tambahan tunai 40k dalam membantu kemaslahatan hidup keluarga untuk tahun berikutnya.
Nak tak?

Hasil nukilan Hafiz Hazmi - terima kasih atas ilmu sebegini kerana #sayadahpencen la, duit mesti dikawal.


2 comments:

  1. Cadangan yang sangat bernas. Terima kasih. Saya akan cuba simulate utk persediaan persaraan saya soon.

    ReplyDelete