Pages

Showing posts with label realiti semasa. Show all posts
Showing posts with label realiti semasa. Show all posts

Baki tinggal RM76 jer setiap bulan


RAKYAT Malaysia berbelanja lebih dalam perbelanjaan rumah tangga pada 2016, dengan mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 mempunyai lebihan pendapatan hanya RM76.
Menurut laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), rakyat Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan didapati berbelanja lebih dalam perbelanjaan isi rumah pada 2016, sekali gus mengurangkan pendapatan boleh guna mereka.

KRI dalalam laporannya mengenai "Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza" melaporkan bahawa purata perbelanjaan isi rumah pada 2016 adalah RM4,033, meningkat daripada RM1,161 pada 1993.
Dalam sorotannya terhadap isu berkenaan, laporan itu menyatakan bahawa pada 2016, isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,000 telah membelanjakan 94.8 peratus dari pendapatan mereka untuk barangan pengguna, meningkat dari 91.9 peratus dari pendapatan mereka pada 2014.
Isi rumah yang berpendapatan atas RM15,000 sebulan hanya membelanjakan 45 peratus dari pendapatan mereka pada 2016, iaitu peningkatan dari 41 peratus daripada pendapatan mereka yang dibelanjakan pada 2014.

“Median pendapatan isi rumah pada 2016 ialah RM5,288, manakala kira-kira 67 peratus daripadanya dibelanjakan bagi perbelanjaan isi rumah, meningkat dari 65.1 peratus pada 2014,” kata laporan itu.
Laporan itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, hari ini.
Menurutnya, lebihan pendapatan selepas ditolak perbelanjaan telah berkurangan bagi semua peringkat pendapatan.

"Apa yang membimbangkan ialah bagi isi rumah berpendapatan bawah RM2,000, pendapatan yang masih berbaki selepas mengambil kira inflasi hanyalah RM76 pada 2016, berkurangan daripada RM124 pada 2014.

Ia berpotensi mendedahkan isi rumah yang berpendapatan bawah RM2,000 kepada apa-apa kejutan ekonomi atau kecemasan. Antara tahun 2014 dan 2016, isi rumah dengan jumlah pendapatan bawah RM5,000 kurang berbelanja untuk makanan walaupun lebih banyak wang dikeluarkan bagi maksud itu disebabkan kadar inflasi harga makanan yang tinggi,” katanya.

Sumber dari New Straits Times Press (M) Bhd


..............................................................

Yang berpendapatan kurang RM2k tu rata-rata yang berpencenlah tu. Dah nasib badan, kata SST boleh kurangkan harga barang, makin naik lagi adelah.... Kesian kat kami, 95% pendapatan buat beli makanan, camner nak bayar bil dan lain-lain keperluan?


Hiasan: Yang merasai kesempitan, carilah freemarket


Cukup ke duit pencen tu?

Cukup ke duit pencen tu? Mana cukup bang. Itulah dulu-dulu tak mahu menyimpan, sekarang...

Yang keja kerajaan ada duit mari tiap-tiap bulan, yang kerja swasta, entahlah.

Ni status dari KWSP. Sah lah ramai yang terpaksa kerja sampai bila-bila.

cukup-ke-duit-pencen
Klik untuk besarkan imej

 Purata tu sebanyak RM128k je. Yang berjimat hanya boleh belanja 1,000 je sebulan untuk 10 tahun selepas pencen. Adoyai cukup ke? #sayadahpencen je tahu....

p/s: camner umur bawah 16 tahun dah ada duit dalam KWSP?

Alkohol dan manusia dan mabuk

#pemandumabuk
Kredit: thesundaily.my

Itu di Thailand, disini macamana? Dibawah adalah berita yang disiarkan dalam thestar pada 2 June 2016. Dah 18 bulan berlalu, marilah kita lihat sekarang apakah tindakan akan berlaku atau hanya di angin lalu.



Harder to buy liquor soon
PUTRAJAYA: The Government will make it more difficult and expensive to buy liquor from December next year.

Health authorities have raised the age limit to buy alcoholic beverages from 18 to 21 and taxes on compounded hard liquor will be increased.

The new rulings will take effect 18 months from now on Dec 1, 2017, announced Health Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

“The regulations pertaining to control of alcohol under Food Regulation 1985 were amended and gazetted on May 27. Changes in policy are in line with an international agreement signed by Malaysia in 2010 during the World Health Assembly, aimed to reduce availability of alcoholic beverages in the market,” he told the media.

He said premises selling alcohol would have to display a notice prohibiting the sale of liquor to those under 21 and to warn customers of the dangers of consuming such beverages.

Manufacturers have until the end of next year to ensure their products have a warning label, and bars and other outlets must display alcoholic drinks separately from other beverages.

The minister said the move was also aimed at stopping teenagers and students from consuming alcohol. Those who break the rules face a fine of not more than RM10,000 or jail of up to two years.

“From December next year, compounded hard liquor sold in coffee shops, medicine halls and sundry outlets will no longer be available cheap. These drinks can only be sold in 700ml bottles and with the increase in tax, a drink which can now be purchased for RM5 will become RM50,” he said.

Dr Subramaniam said the measure is to address growing concerns over the effects of cheap liquor on society, including school children.

“We found that cheap liquor has caused social issues, particularly in the poor and low income category. There are cases of people sleeping and lying on the streets due to excessive consumption of alcohol. That is why we need to initiate measures to tackle it,” he added.

He said the new regulation would be enforced at the end of 2017 to allow manufacturers time to make changes to their packaging, and labelling of products and to comply with the World Trade Organisation practice.

The ministry will also be working with the Urban Wellbeing, Housing and Local Government Ministry to address the issue of people consuming alcohol in public such as in parks and by roadsides.



Sebagai orang pencen saya sokong tindakan ini kerana, negara maju memang mempunyai tindakan yang amat keras atas pesalah laku "memandu ketika mabuk". Kerana akibat dari mereka yang mabuk akan menyebabkan orang yang tidak bersalah merana seumur hidup dalam banyak kes kemalangan.

Jika nak kepastian dengan mata kepala anda sendiri, pergilah lepak-lepak kat wad kecemasan hospital sekitar bandar-bandar utama pada malam minggu, tunggu ambulan bawa kes-kes kecemasan kesitu dan analisalah peratusan kemalangan akibat pemandu mabuk.

Kita bukan agensi penguatkuasa, tapi kita boleh maklumkan pada penguatkuasa kesihatan akan premis perniagaan yang melanggar peraturan di bawah Akta Makanan seperti tiada notis, menjual arak kepada remaja (di luar negara, penjual berhak minta ID untuk pastikan umur pembeli) dan mencampurkan minuman keras dengan lain-lain makanan dalam satu peti sejuk.

Diharap KK dapat buat tindakan untuk minuman alkohol seperti mana apa yang telah dibuat dengan penjualan rokok. Saya sokong matlamat baik!





Kos pesara kerajaan RM100 billion pada tahun 2050

100 billion?
LHDN kutip ~ 140 billion je setahun setakat ni, camne tu?
Maka para bijak pandai negara, hatta Majlis Professor Negara, Pemandu, Menteri dll, fikirkanlah...


PUTRAJAYA  - Jumlah pesara kerajaan dijangka meningkat daripada 775,000 orang ketika ini kepada 1.5 juta pada 2050 seiring trend peningkatan jangka hayat penduduk daripada 75 tahun kepada 85 tahun dalam tempoh tersebut, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata trend itu turut dijangka meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk pesara daripada RM20.35 bilion pada 2016 kepada RM100 bilion pada 2050.

"Bagi pihak kerajaan, kita sedang meneliti trend ini dan implikasi besar kepada masa depan negara yang melibatkan tuntutan untuk membuat pengubahsuaian kepada polisi dan dasar yang dijalankan kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa bersama 2,000 pesara kerajaan di Seri Perdana.

Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata satu lagi trend yang dijangka mampu memberi kesan besar kepada daya saing dan produktiviti negara ialah kadar kelahiran yang semakin menurun, sekali gus menjadikan Malaysia sebuah negara menua.

"Kita perlu kadar kelahiran 2.1 peratus, tetapi hari ini kadar replacement (kelahiran) kita turun kepada 1.9 peratus, bererti semakin hari kita akan jadi aging society (masyarakat menua)," katanya.

Datuk Seri Najib berkata di Jepun, pertumbuhan negara itu sangat perlahan akibat fenomena masyarakat menua yang telah mengubah struktur negara tersebut.

Justeru katanya, percambahan fikiran perlu dilakukan untuk menentukan perubahan yang perlu dilakukan terhadap dasar-dasar negara.

"Apakah implikasinya kepada kos kesihatan atau (adakah) yang bersara mempunyai cukup simpanan dan dana untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan selesa.

"Mereka yang bersara kerajaan mungkin akan memperoleh pendapatan lebih selesa berbanding swasta, walaupun saya sedar yang bersara dari kerajaan pun ada cabaran yang terpaksa dihadapi," katanya.

DatukSeri Najib berkata kerajaan akan sentiasa mengambil berat kebajikan pesara-pesara kerajaan yang telah berbakti kepada negara dan berharap mereka juga akan meneruskan perjuangan bersama kerajaan.

(Sumber - Bernama)

#dahpencen hanya harap pencen masuk setiap bulan sampai.....

#dahpencen
Macamana lah statistik dan kos perubatan ni nanti

Kejayaan orang pencen

Saya nak tergelak besar bila lihat carta ni yang datang entah dari mana.

Betul, betul, betul semua ni. Tak caye, jadi orang pencen dulu dan nilaikan kesahihannya sendiri.

Itu sebab atuk baik dengan cucu, sama taraf da...

#pencen


Cucu saya tak akan kenal apa itu "cek"


"Cek", apa tu tuk?

Bukan kata cucu, anak pon tak kenal dah......

Itulah inovasi yang melenyapkan sesuatu yang dulu dianggap media transfer wang yang canggih, sebelum kad ATM tiba.


sayadahpencen
Sampel cek dari sumber internet

Ini adalah maklumat BNM menunjukkan "kematian" cek dah tak lama dah!
Sekarang ni dah masuk fasa pencen. 

#pencen

Untungkah pelaburan hartanah anda?

Untungkah pelaburan hartanah anda? Hartanah ini bersifat pelaburan jangka panjang. Kalau dikira balik, siapa yang lebih untung? Saya akan share pengalaman saya nanti, jadi layan dulu artikel INI.






Satu pasangan bercerai setiap 10 minit di Malaysia

Biar betul ni,  "satu pasangan bercerai setiap 10 minit", seperti tak percaya bila baca tajuk akhbar Kosmo kat kedai kopi kak Milah pagi tagi. Hish apa hal nie, bila pencen, kira nak rilek je, santai-santai pergi masjid ke, ni silap aribulan, jaga cucu fulltime.

pasangan-bercerai-malaysia

Mintak simpang mak oii, pasal apalah satu pasangan bercerai setiap 10 minit di Malaysia ni?

"Yelah abah dah dapat keserasian, kami baru mencari titik tolak, tak kan abah tak gaduh langsung dulu", kata anak bila aku, orang pencen bertanya.

Meh lihat apa antara sebabnya satu pasangan bercerai setiap 10 minit.

penceraian-di-malaysia

La, "lupa pam tandas" pun masuk list? Ingatkan cemburu je penyebabnya. Meh sini abah pencen nak beritahu....

Orang lelaki bila dah salam terima tu, anak pompuan orang tu, dah sepatutnya 100% dibawah kawalan awak - sebab tu bila digelar suami, raja, dll pandailah didik permaisuri tu.

Dah kahwin, jangan tinggal kat rumah mak/ayah sendiri atau rumah mertua walaupun "100% free of charge", disogok dan apa saja alasan. Buat segera. Bawa queen tu keluar dari sarangnya dan belajar hidup sendiri, walaupon susah, cakap je "ayang sayang abangkan, susah senang kita sama-sama ye".  Sumpah ko takkan lupa anggukan manja tu! Segera lepas nikah, awal-awal je lah kalau nak buat.... 

Gaji x cukup? Malaysia pon ada satu hari pembentangan belanjawan negara. Sebagai raja, ketelusan mengenai belanjawan mesti ada! Buat pembentangan, tanya direct apa ayang boleh bantu?
Kalau bab ayang je bantu 100% setiap bulan, abah tak de jawapan le.... itu bukan raja dah, anai-anai kut.

Abah dulu pun, macam korang gak, pasti berselisih. Tapi berbaiklah semula. Perempuan secara semulajadi perlukan pelindung. Sekiranya dia dapat itu dari tok lelakinya, in sya Allah apa mai pon, boleh setel. Setakat belanja cikadee duit sendiri, mereka tak kisah sangat kalau bab-bab besar disetelkan secara terbuka dan telus.

Ramai kawan abah le ni, wi fe dia yang tanggung 100%. Tak de pulak isteri mereka nak pergi mahkamah buat tuntutan walaupun 100% dah layak dah.

Jadi pada anak-anak, ingat bisikan iblis aka syaitan adalah sentiasa memberi idea untuk bercerai pada kamu. Bab pelapik tandas patut letak atas atau mendatar,  cara picit ubat gigi, kasut beratur depan pintu dll adalah pekara-pekara kecil yang memerlukan pencarian titik persamaan. Carilah titik itu, bila dah lebih 20 tahun bersama, bila dah pencen, bila dah ada cucu, tersenyum memikirkan pekara-pekara kecil ni. Salamat berumah tangga anak-anak #sayadahpencen!

#dahpencen dok diam-diam main ngan cucu, jangan terlalu kalut dok nak masuk campur urusan rumahtangga anak-anak. Pantau je, bila situasi nak kritikal baru bertindak.

Orang pencen akan berlebihan di serata dunia

#sayadahpencen
Realiti bahawa orang pencen akan berlebihan didunia

Tak lama dah (sebelum tahun 2020) akan ramai lagi yang akan bergabung dengan #sayadahpencen. Kanak-kanak dibawah umur 5 tahun akan berkurangan dan geng orang pencen seperti saya akan bertambah!

Ini adalah fenomena yang sedang berlangsung diserata dunia dan Malaysia tak terkecuali. Nampaknya majulah lagi kedai kopi Milah kerana ada pertambahan orang pencen...

Saya nak tanya sikit, kalau geng pencen diberi peluang buat kerja part time sekitar maksima 4 jam sehari berdekatan dengan rumah kediamaan tuan/puan, nak tak anda ambil peluang bekerja tersebut? Cer komen sikit kat bawah untuk perbincangan.

Kenapa saya tanya? Semalam saya tengok cerita The Intern, duda berusia 70 tahun kembali bekerja kerana keboringan dirumah...

saya-dah-pencen
Cerita The Intern yang menghiburkan