Pages

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Guna kereta sehingga 300,000km


Ini tips untuk yang memerlukan, bukan kedekut kerana kereta adalah "depreciating asset".  Asset yang akan menyusut nilai sehingga tiada nilai.

Majlis perbandaran sedang mengalami masalah sakit kepala yang amat sangat bab kereta tobiar yang dah "tak der" nilai.

Duit lebih tu buat simpan, beli rumah, beli tanah ke, itu adalah "appreciating asset".


Tips 1 - Beli kenderaan yang betul
 Cari senarai tahunan kereta yang kemungkinan besar bertahan lebih daripada 300,000km. Risik-risik di portal sesawang berkaitan kereta terpakai.


Tips 2 - Ikuti jadual penyelenggaraan kereta anda 
Setiap kereta mempunyai jadual penyelenggaraan sendiri, yang ditetapkan oleh pengilang atau pengeluar kereta. Pada kebiasanya, anda boleh mendapatkan jadual ini dalam manual kenderaan anda.

Jangan ngelat, ikut je. 


Tips 3 - Tukar "timing belt" kereta sebelum sesuatu berlaku
Ramai orang melangkau penggantian "timing belt" kerana ia boleh menelan kos beberapa ratus ringgit untuk penukarannya. Tetapi mengabaikan penyelenggaraan ini boleh menjadi satu kesalahan besar.Bergantung pada bagaimana enjin anda dikonfigurasikan, "timing belt" bertanggungjawab untuk menjaga strok injap dan strok piston daripada merosakkan satu sama lain.

Sekiranya
"timing belt" terputus, injap dan piston akan bertembung antara satu sama lain, menyebabkan injap bengkok (paling biasa), kepala silinder atau kerosakan camshaft, dan mungkin juga kerosakan dinding silinder.


Tips 4 - Beli alatganti yang berkualiti
Membeli alatganti kereta dan barang-barang yang berkaitan dengannya yang murah adalah satu lagi contoh cara menjimatkan wang hari ini, tetapi boleh membebankan dalam jangka masa panjang.

Gunakanlah minyak engin berkualiti seperti yang dicadangkan dalam manual kereta.




Tips 5 - Cari mekanik yang hebat dan jujur
Cari mekanik yang boleh memberikan nasihat yang baik dan penjagaan kereta tanpa melubangkan poket anda.


Tak percaya kereta boleh digunakan melebihi 300,000km dengan engin asal? Wira saya gunakan selama 9 tahun dijual pada 290,000km! Itu pon jual disebabkan terpaksa upgrade kereta yang lebih luas. 

Used car dealer tu kata "Bos, you duduk ini kereta 9 tahun ke?"

Apa hal? tanya saya.

"Please la, lain kali jangan buat ini macam lagi" 

Lantaklah, apa dia nak suggest tu. 


Baru-baru ni saya jumpa satu teksi Pesona kat bengkel, mileage kereta tu dengan engin asal dah 500,000km. Nie tips abang teksi tu, jaga minyak hitam, ikut maintenance.

Jadi tips dah bagi, nak ikut ke tak, terpulanglah....

guna-kereta-300000km
Kereta pra-matang mungkin sebab ngelat maintenance

 

Anak eden kena buang kerja

Anak eden kena buang kerja, apo nak buet nih?

Ni dia nasihat dari Bhag Singh, den dapat dari sinih.

Kalau tak faham, tanyo pak chik googlelah yo.


diberhentikan-kerja

What to do next when you’re fired

 TERMINATION can be a traumatic experience for an employee. It is worse when he does not know what to do about it. And when family, friends and acquaintances give lots of advice, there may be more ambiguity and confusion.

Under the laws of our country, all employees are protected in terms of their employment. The services of an employee cannot be terminated unless there is just cause, or in simple words, good reasons when viewed objectively and not only from the employer’s point of view.

But what if there is a clause in the employment contract that allows termination by say, one month’s or two months’ notice?

The answer is, such a clause is not valid and operative, and the employer cannot rely on it to justify termination. It is as good as the clause not being there.

Next, what are the options for an employee who has been fired, especially if he thinks there is no just cause? What are his rights and what can he do?

For such an employee, it is best that he takes steps under the Industrial Relations Act 1967 to bring his grievances to the Industrial Court, where he can seek compensation. In the absence of just cause, the employee will receive appropriate and reasonable compensation.

However, a person cannot just walk into the Industrial Court and file a claim. It involves first going through a certain process under the Act.

There are many courts and departments all over the place. Where does one go? Sometimes, people end up going to the Labour Court, which is not the right place for these cases.

When an employee has his employment terminated on one month’s or two months’ notice and he is aggrieved by the action, his first step must be taken within 60 days of the letter of termination.

He should lodge a complaint with the Director General of Industrial Relations. The Industrial Relations Department comes under the Human Resources Ministry.

At the department, the employee needs to fill up forms and should take along with him the basic documents such as his appointment and termination letters.

Many today are more inclined to do things online but I strongly suggest going to the department personally if the dismissed employee is serious about his grievances.

When making his complaint, he needs to sign the relevant documents and keep a copy that has obtained an acknowledgement from the officer. It is crucial to observe the 60-day time limit.

What usually happens next is a filtering process, whereby the department writes to the complainant and the former employer, asking them to attend a meeting where a department officer will speak to both parties separately and together. The aim of this mediation is to resolve the disputes amicably.

However, as far as I know, this has been mostly unsuccessful because the expectations of the employer and the employee are different. As such, the matter comes to an end with nothing happening during the mediation session.

The officer reports the outcome to the director general, who then refers the matter to the Human Resources Minister, who in turn may send it to the Industrial Court.

It was reported in June that Human Resources Minister M. Kulasegaran wanted to do away with this filtering process. This is indeed very beneficial for the employees because once a complaint is made, the matter is likely to go straight to the Industrial Court.

This will speed up the process it sometimes takes a while for the Industrial Relations Department to arrange for mediation and to subsequently report on the outcome.

Why is it better to aim for the Industrial Court instead of the ordinary courts, such as the magistrate’s court or the Sessions Court?

An ordinary court will only consider the matter on the basis of pure contract under common law. If the letter of employment allows termination by one month’s notice, the court will say it is fine and the employee will get nothing.

However, the Industrial Court does not rely merely on common law. It relies on the industrial relations law (through the Industrial Relations Act), which seeks to provide better protection and remedy for the employees.

The Act even gives the Industrial Court the power to reinstate an employee in his previous job. However, the Industrial Court more often chooses to award compensation to the employee.

Another good thing about going to the Industrial Court is that if the employee loses the case, he will not have to pay costs to the other side, unlike in the ordinary courts.

Any comments or suggestions for points of discussion can be sent to mavico7@yahoo.com. The views expressed here are entirely the writer’s own.

Habis duit

Habis duit gaji kerana hobi? Isteri-isteri je yang faham bab ni.

Yelah kalau tak di joli duit gaji tu bukan boleh bawa mati. Betul, #sayadahpencen akui fakta tu. Tapi jikalau kita berhati-hati, ie tahu apa yang kita belanja, kemana duit kita pergi, itu yang terbaik. Bukan ikut kata iklan!

Ni pada 2015, tapi hingga kini pun boleh pakai. Masih tak percaya, tanya perunding AKPK! Mereka ada macam-macam cerita 'mereka terjebak'. Renung-renunglah anak-anakku - kenali diri anda.

duit-habis



Masih ada masalah ngeteh ke?

Dah pencen pon masih ada masalah ngeteh ke? Ha..ha.. rujuk 'master plan' dulu, apa masalahnya.

Boleh buat bedah siasat, banyak masa terluangkan?

Selamat Merdeka!

#sayadahpencen

Angkat wiper - kena tipu

Orang pencen pun masih kena tipu bab angkat wiper ni!

Orang kata, bila park kat tengah panas, #angkatwiper tu, atas alasan getah wiper akan tahan lebih lama. Memang getah wiper akan tahan lama....

Jeng..jeng..jeng... disinilah penipuan tersebut. tipu apa? Sebenarnya perlakuan tersebut hanya akan melemahkan spring wiper tersebut sahaja apatah lagi bila berejam-jam atau berhari spring tersebut diregangkan.

Akibatnya apabila kita memerlukan wiper tersebut bekerja dengan baik, spring yang telah diregang tidak akan dapat menyapu cermin dengan baik dan fungsi wiper akan berkurangan, boleh jadi bahaya juga apabila hujan amat lebat. fikirkanlah.

Masih tak percaya? Buka bonet engin kereta anda, cer lihat ada tak bahagian getah kat sebelah-sebelah engin yang melampau suhunya, cair tak bahagian getah tersebut? Getah-getah pada bahagian kereta direka untuk tujuan tertentu, engineer tahu le bab tu.

#dahpencen nasihatkan berhentilah buat pekara tak berfaedah ni. Masih x caya, cer periksa kos tukar getah wiper dengan kos tukar spring wiper, mana lebih murah! Kalau boleh tukar spring.....


perlu_angkat_wiper_kereta

angkat_wiper_kereta
Gambar hiasan

Cukupkah bekalan untuk mengharungi musim pencen

RM820 sebulan! Cukupkah bekalan untuk #dahpencen mengharungi musim pencen dengan perbelanjaan sebanyak tu sebulan?

Dari tiada terus, itu adalah lebih baik. Sejujurnya adalah cukup jika anak-anak dah lepas belajar dan berkahwin dan kami berdua tinggal bersama mereka. Tinggal sendirian pon boleh jika tiada hutang yang meruntun perbelanjaan bulanan.

Mak ayah adalah testimoni bahawa jumlah #pencen tersebut cukup. Kesihatan kena jaga lah ye. Cuma nak merasa itu, melancong tiap-tiap bulan tak bolehlah. Itu hanya cukup untuk hidup seharian saja ye.

#sayadahpencen



saya-dah-pencen

Itu yang berpencen, yang tiada pencen tapi ada 1/2juta dalam KWSP semasa pencen, ramai yang bermasalah bila jumlah sebesar tu menjelma didepan mata.

Nanti saya share kisah hidup pesara merana walaupun ada 1/2 juta semasa pencen. Ini kisah benar. #pencentapimiskin

Untungkah pelaburan hartanah anda?

Untungkah pelaburan hartanah anda? Hartanah ini bersifat pelaburan jangka panjang. Kalau dikira balik, siapa yang lebih untung? Saya akan share pengalaman saya nanti, jadi layan dulu artikel INI.






Satu pasangan bercerai setiap 10 minit di Malaysia

Biar betul ni,  "satu pasangan bercerai setiap 10 minit", seperti tak percaya bila baca tajuk akhbar Kosmo kat kedai kopi kak Milah pagi tagi. Hish apa hal nie, bila pencen, kira nak rilek je, santai-santai pergi masjid ke, ni silap aribulan, jaga cucu fulltime.

pasangan-bercerai-malaysia

Mintak simpang mak oii, pasal apalah satu pasangan bercerai setiap 10 minit di Malaysia ni?

"Yelah abah dah dapat keserasian, kami baru mencari titik tolak, tak kan abah tak gaduh langsung dulu", kata anak bila aku, orang pencen bertanya.

Meh lihat apa antara sebabnya satu pasangan bercerai setiap 10 minit.

penceraian-di-malaysia

La, "lupa pam tandas" pun masuk list? Ingatkan cemburu je penyebabnya. Meh sini abah pencen nak beritahu....

Orang lelaki bila dah salam terima tu, anak pompuan orang tu, dah sepatutnya 100% dibawah kawalan awak - sebab tu bila digelar suami, raja, dll pandailah didik permaisuri tu.

Dah kahwin, jangan tinggal kat rumah mak/ayah sendiri atau rumah mertua walaupun "100% free of charge", disogok dan apa saja alasan. Buat segera. Bawa queen tu keluar dari sarangnya dan belajar hidup sendiri, walaupon susah, cakap je "ayang sayang abangkan, susah senang kita sama-sama ye".  Sumpah ko takkan lupa anggukan manja tu! Segera lepas nikah, awal-awal je lah kalau nak buat.... 

Gaji x cukup? Malaysia pon ada satu hari pembentangan belanjawan negara. Sebagai raja, ketelusan mengenai belanjawan mesti ada! Buat pembentangan, tanya direct apa ayang boleh bantu?
Kalau bab ayang je bantu 100% setiap bulan, abah tak de jawapan le.... itu bukan raja dah, anai-anai kut.

Abah dulu pun, macam korang gak, pasti berselisih. Tapi berbaiklah semula. Perempuan secara semulajadi perlukan pelindung. Sekiranya dia dapat itu dari tok lelakinya, in sya Allah apa mai pon, boleh setel. Setakat belanja cikadee duit sendiri, mereka tak kisah sangat kalau bab-bab besar disetelkan secara terbuka dan telus.

Ramai kawan abah le ni, wi fe dia yang tanggung 100%. Tak de pulak isteri mereka nak pergi mahkamah buat tuntutan walaupun 100% dah layak dah.

Jadi pada anak-anak, ingat bisikan iblis aka syaitan adalah sentiasa memberi idea untuk bercerai pada kamu. Bab pelapik tandas patut letak atas atau mendatar,  cara picit ubat gigi, kasut beratur depan pintu dll adalah pekara-pekara kecil yang memerlukan pencarian titik persamaan. Carilah titik itu, bila dah lebih 20 tahun bersama, bila dah pencen, bila dah ada cucu, tersenyum memikirkan pekara-pekara kecil ni. Salamat berumah tangga anak-anak #sayadahpencen!

#dahpencen dok diam-diam main ngan cucu, jangan terlalu kalut dok nak masuk campur urusan rumahtangga anak-anak. Pantau je, bila situasi nak kritikal baru bertindak.

Pesara pencen jangan ditipu pulak - satu peringatan

Penipuan ada dimana-mana dan berlaku setiap masa.

Bila pencen ni kita nak hidup tenang, kerana berpuluh tahun tika masuk kerja, masalah sampai, seharian mencari penyelesaian untuk masalah tersebut. Dah selesai, usaha kita dibayar dengan gaji.

Bila dapat gaji macam-macam kena settle, baki yang tinggal itulah kata dihati, simpanan hari tua aku.

Tapi bila dah pencen, ketika "kecergasan" dah mulai turun, ada je yang sanggup tipu pesara pencen.
Oh dunia, jadi kali ni saya tak tulis cerita pesara ditipu (lain kali la), cuma nak kongsi beberapa kisah tipu yang telah dikongsi oleh fitrihadi.com #sayadahpencen la.



Ini sedutan kisah 6 dari fitrihadi....

 .... Saya pun ada beli aircond 2 biji dlm tahun 2010.. Tp saya rasa pelik sb saya kena byr RM6890..selepas seminggu saya buat instalment, sy cadang nk bayar sebiji aircond bg ringankan beban tp lepas mintak statmnt settlmnt, pekerja court kata saya kene bayar lebih kurang 5k, makin cpt nk setel makin byk die cas.. Pekerja tu suggest spy saya teruskan bayar bulanan.. Oleh kerana ada sedikit financial poblem, saya tetap byr tp tidak sepenuh amaun.. Pada awal januari, pekerja courts call dan buat ugutan dan sehingga dtg ke rumah menghantar surat utk tarik semula brgn dan beri tempoh 3 hari.. Saya mintak statmnt dan apa yg memeranjatkan saya terdpt byk amaoun yg di key in...

Kalau nak tahu lebih lanjut, nak amik kisah dari pengalaman orang lain sebagai peringatan untuk diri kita supaya tidak terjebak..... baca selanjutnya DISINI.

Saya pun ada suku sakat yang terkena... ha..ha.. patutlah ramai yang dah kurang suka!

tipu-orang-pencen

Lain kali kita kongsi cerita tipu lain pulak, supaya sama-sama kita memperingati supaya #pesarapencen selamat dari penipuan.

Jangan Bongkak Jangan Sombong

sayadahpencen
Ishh.... x patut gelak orang tau
 "Aku laki bini terkejut bila tengok mamat ni dengan awek dia," kata pelayar tersebut dalam sebuah perkongsian yang dikongsi hampir 1,500 pelayar lain di Facebook.

"Ini drive-thru bukan ride-thru," katanya lagi beserta foto pasangan lelaki dan wanita yang beratur untuk memesan makanan yang diambil dari dalam sebuah kereta.

Respons pembaca....
"Jangan bongkak, jangan sombong. Tuhan boleh ambil semuanya dengan sekejap aje," kata Greg.
"Jangan hina orang.. Kesenangan di dunia ni hanya pinjaman. Jangan bongkak dan angkuh. Hidup ni macam roda," kata Zuan.
Response #sayadahpencen .... kepada ya rasa #inikelakar
Tunggu la ko pencen nanti, jika tak plan betul-betul, jalan kaki kut gi buat pesanan kat 'drive-thru' tu.

Pesan pada anak cucu simpan 15 hingga 20 peratus daripada gaji

 #sayadahpencen dan Atok mungkin dah terlewat tetapi masih ada masa untuk pesan pada anak cucu simpan 15 hingga 20 peratus daripada gaji.

Menurut laporan HSBC, 'Masa Depan Persaraan: Satu Perimbangan', 49 peratus daripada mereka berkata, pembayaran balik hutang menghalang mereka untuk membuat persediaan persaraan yang selesa.

Kemelesetan ekonomi dunia juga menjejaskan pelan persaraan mereka di mana 36 peratus telah berhenti atau mengurangkan simpanan melalui deposit tunai, anuiti atau pelaburan; 32 peratus kurang berkemampuan menyimpan untuk persaraan dan 28 peratus mendapati diri mereka akan terjebak dengan hutang.

"Saya harap generasi muda melihat ke depan mengenai persaraan dan hal-hal kesihatan dan tidak bergantung semata-mata kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kerana ia akan bertahan kira-kira lima tahun jika mereka mempunyai purata simpanan RM50,000,” katanya.

Sebagai permulaan, mereka yang berusia antara 20 dan 30 tahun perlu menyimpan kira-kira 15 hingga 20 peratus daripada gaji mereka setiap bulan dan meningkatkannya beransur-ansur apabila gaji bertambah.

Laporan berdasarkan hasil kajian dalam talian ke atas 1,000 orang dalam usia bekerja (25 dan ke atas) serta dalam persaraan oleh Ipsos Mori pada Ogos dan September 2014. #awakdahpencen? #sayadahpencen

saya-dah-pencen