Pages

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Kenali pisang

 Jenis jenis pisang. Kita kumpul perlahan-lahan. Gambar2 ni untuk rujukan pantas mudah kenal.


pisang-abu-keling
Abu keling atau kebatu









Rastali, embun.
Fav pencuri: pisang abu, sebab mudah jual kot! 
 
Kebun pon tak delah bersih sangat. Pisang je dipaksa berbuah....
 


 

Banyak saya belajar walaupon tak kenal beliau, dari 0 bab pisang ni dah pandai sampai 70% dah.
Tq, Tk tuan.


Jenis-jenis Durian

Berapa jenis durian yang anda kenal?

#Durian kampung, D24, musang king dan ......

durian-pencen

Ada banyak jenis durian, tengok kat >>> SINI

Walaupun #dahpencen makan durian je saya suka. Kenal he..he..

Nyamuk

Nyamuk suka:

1. Orang gemuk
2. Darah jenis "O"
3. Asid Laktik bila kita berpeluh
4. Orang minum beer
5. Kurang bakteria di badan
6. Perempuan mengandung
7. Bahan kimia tertentu

 Walau bagaimana pun kes denggi tidak mempaparkan ciri-ciri diatas!


#sayadahpencen




Cukup ke duit pencen tu?

Cukup ke duit pencen tu? Mana cukup bang. Itulah dulu-dulu tak mahu menyimpan, sekarang...

Yang keja kerajaan ada duit mari tiap-tiap bulan, yang kerja swasta, entahlah.

Ni status dari KWSP. Sah lah ramai yang terpaksa kerja sampai bila-bila.

cukup-ke-duit-pencen
Klik untuk besarkan imej

 Purata tu sebanyak RM128k je. Yang berjimat hanya boleh belanja 1,000 je sebulan untuk 10 tahun selepas pencen. Adoyai cukup ke? #sayadahpencen je tahu....

p/s: camner umur bawah 16 tahun dah ada duit dalam KWSP?

Bumi akan menjadi semakin panas

Bila bumi menjadi semakin panas, entahlah apa akan berlaku 50 tahun dari sekarang.

#sayadah pencen dan mungkin tak sempat nak lihat kesannya.

#sayadahpencen


Wang tak dituntut

Ada ke orang tak nak tuntut wang mereka? Mana ada. Yang ada ialah mereka yang lupa bahawa mereka ada wang tersebut. Duit tu ada dengan Jabatan Akauntan Negara, perlu lawati opis mereka dan tanya kalau-kalau ada wang anda dengan mereka.

Banyak mana wang tu? Berbillion #wangtakdituntut nie...

wang-tak-dituntut
Ini wang polisi insuran yang tak dituntut

Sumber lapuran thestar

PETALING JAYA: Lebih daripada RM327 juta kerana benefisiari polisi insurans hayat tidak dituntut sejak lima tahun lepas.

Wang itu adalah dari dasar yang telah matang tetapi masih tidak dituntut, menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

Tahun lepas sahaja, kira-kira RM64 juta dikemukakan oleh syarikat anggotanya kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut yang berada di bawah Jabatan Akauntan Negara, katanya.

Dalam satu kenyataan kepada The Star baru-baru ini, LIAM berkata ini adalah jumlah nilai "516,728 polisi insurans hayat matang yang telah dilupakan oleh pemegang polisi dan benefisiari mereka".

Ia mendapati bahawa pada tahun 2012, syarikat-syarikat anggota menyerahkan hampir RM80 juta kepada Pendaftar, diikuti RM54 juta pada tahun 2013, RM67.5 juta pada tahun 2014, dan RM61.5 juta setahun selepas itu.

LIAM mempunyai 16 syarikat ahli.

Mengikut Akta Wang Tak Dituntut 1965, syarikat-syarikat mesti mengemukakan rekod kepada Pendaftar menjelang akhir Mac setiap tahun, dengan memperincikan jumlah yang tidak dituntut dari tahun sebelumnya.

LIAM juga mengatakan bahawa hampir semua pemegang polisi yang terjejas oleh isu ini tidak dapat dicapai, kebanyakannya kerana maklumat hubungan yang sudah lapuk.

"Percubaan berterusan akan diambil untuk menghubungi pemegang polisi atau benefisiari sebelum penyerahan wajib kepada Pendaftar adalah wajar," katanya.

"Penyerahan mandatori mengikut undang-undang biasanya satu tahun selepas cek yang dikeluarkan dalam nama mereka dikembalikan dan semua usaha untuk menghubungi pihak menuntut telah gagal."

Satu syarikat ahli, Etiqa Insurance Bhd, mencatatkan kenyataan berasingan bahawa ada polisi bernilai RM13 juta yang hilang dan dilupakan dalam Etiqa sendiri.

Maybank Ageas Holdings Bhd, syarikat induk Etiqa Insurance, menyatakan bahawa ramai yang tidak menyedari bahawa dasar atau sijil mereka telah matang.

"Kami mempunyai pasukan yang khusus untuk mengenal pasti polisi dan pemegang sijil yang telah meninggal dunia dan kemudian melakukan pencarian sistematik bagi para benefisiari mereka," kata ketua pegawai eksekutif Maybank Ageas, Kamaludin Ahmad.

Beliau berkata walaupun saudara-mara si mati perlu melalui banyak masalah mengumpul bukti dan dokumentasi yang diperlukan untuk mendapatkan wang itu, "ini memberikan peluang pembelajaran yang baik untuk menyelamatkan generasi akan datang daripada memburu insurans hayat yang tidak dituntut atau takaful keluarga Faedah ".

Selepas syarikat insurans mengemukakan wang yang tidak dituntut kepada Pendaftar, tiada percubaan lagi dibuat untuk menghubungi pemegang polisi atau benefisiari.

Oleh itu, LIAM menggesa pemegang polisi untuk mendaftar sistem e-pembayaran dengan menyediakan nombor akaun bank aktif kepada syarikat insurans hayat mereka.

"Apabila akaun e-pembayaran telah ditubuhkan, syarikat insurans akan memindahkan hasil kematangan mereka, pembayaran tuntutan dan dividen ke dalam akaun bank mereka.

"Pemegang polisi juga digalakkan untuk mengemas kini butiran peribadi mereka seperti alamat dan nombor telefon, dan mendaftar untuk akaun dalam talian untuk mengakses maklumat dasar mereka," katanya

Apa proses nak tuntut wang tersebut?   Lawati  >> www.anm.gov.my

#sayadahpencen
Lawati www.anm.gov.my untuk maklumat lanjut

Tuntutan boleh buat bila-bila masa je. Jangan tunggu posting viral yang menakutkan bahawa duit tu akan hilang mulai bulan depan, masa tu lah semua, termasuklah yang sakit lutut, sanggup berbaris panjang berjam-jam nak pergi siasat/selidik kat Jabatan Akauntan Negara.

Pergilah siasat, mana tahu polisi 13 juta di Etiqa itu milik anda! Aku kaya, #dahpencen aku kaya......

p/s: saya dah dapat tuntutan 4 angka baru-baru ni, wang yang saya pun dah tak ingat dari mana. Yang pasti ada nama dan ic saya pada rekod duit tu. 

Doa cerah mata

Terima kasih kepada Tamaratul Akma kerana sudi berkongsi petua dan doa cerah mata ini.

Yang umoq 40 tu, jaga-jagalah, kejap ja lagi. Sebagai orang pencen, redha je lah.

#doauntukcerahmata

#doauntukcerahmata

Anak, Cucu, Cicit, Piut, Piat, Miat

Orang pencen maknanya orang dah lama.

Ada tak orang hidup sezaman dengan Piut atau Piat?

Sebagai orang lama, jangan fail bila bab ni orang rujuk kat kita, x hensom bila #dahpencen masih gagal!

#sayadahpencen

Bapa, Atok, Nenek, Moyang, Muit, Canggah, Warit, Onang, Aning, Kelupak, Buyut

Saya, Aku, Cek, Ambo, Eden

Anak, Cucu, Cicit, Piut, Piat, Miat, Oneng-oneng

Dulu aku dipaksa ingat "bin" sampai ke Canggah.......... tapi kini #sayadahpencen

Cucu saya tak akan kenal apa itu "cek"


"Cek", apa tu tuk?

Bukan kata cucu, anak pon tak kenal dah......

Itulah inovasi yang melenyapkan sesuatu yang dulu dianggap media transfer wang yang canggih, sebelum kad ATM tiba.


sayadahpencen
Sampel cek dari sumber internet

Ini adalah maklumat BNM menunjukkan "kematian" cek dah tak lama dah!
Sekarang ni dah masuk fasa pencen. 

#pencen

RUU 355 - Pandangan orang pencen

Ribut sekala apabila angin #RUU355 bertiup. Kalau bukan orang undang-undang, hish susah nak faham! Arakian terjumpalah saya akan blog TUN ABDUL HAMID MOHAMAD, Former Chief Justice of Malaysia.

Inilah yang saya cuba ketengahkan, para "expert" dalam bidang masing-masing, walaupun dah pencen, mampu dok diam-diam tetapi memberi ilmu.

Almaklumlah hari ini apa yang kita dengar, kita baca di media massa mungkin terbelit dek "profitability" syarikat tersebut. Kita perlu dengar dari orang pencen yang rata-rata sudah tidak ada alasan untuk memihak. Percaya atau tidak, itu sendiri jawap le..




Sekarang: Undang-undang Persekutuan (Akta 355) menghadkan bidangkuasa Mahkamah Syariah, pada masa ini, penjara tidak lebih daripada 3 tahun, denda tidak lebih daripada RM5,000 dan rotan tidak lebih daripada 6 kali.

Pindaan: Baca kat sini, saya tak pandai langsung nak ulas. 


Telefon pun dipencenkan

Jikalau pengeluar telefon terbaca posting ni, tentu mereka geleng kepala.
Nokia dah x de, kena jual dah.... tapi ini adalah testimoni untuk telefon terbaik.

Setelah 8 tahun berkhidmat dengan satu bateri ori dan hampir 833 jam berbual, berbaloi-baloi beb. Apo nak dikato lagi, omputeh kata "very satisfied". Maka telefon ini pun dipencenkan!



#dahpencen