Pages

Angkat wiper - kena tipu

Orang pencen pun masih kena tipu bab angkat wiper ni!

Orang kata, bila park kat tengah panas, #angkatwiper tu, atas alasan getah wiper akan tahan lebih lama. Memang getah wiper akan tahan lama....

Jeng..jeng..jeng... disinilah penipuan tersebut. tipu apa? Sebenarnya perlakuan tersebut hanya akan melemahkan spring wiper tersebut sahaja apatah lagi bila berejam-jam atau berhari spring tersebut diregangkan.

Akibatnya apabila kita memerlukan wiper tersebut bekerja dengan baik, spring yang telah diregang tidak akan dapat menyapu cermin dengan baik dan fungsi wiper akan berkurangan, boleh jadi bahaya juga apabila hujan amat lebat. fikirkanlah.

Masih tak percaya? Buka bonet engin kereta anda, cer lihat ada tak bahagian getah kat sebelah-sebelah engin yang melampau suhunya, cair tak bahagian getah tersebut? Getah-getah pada bahagian kereta direka untuk tujuan tertentu, engineer tahu le bab tu.

#dahpencen nasihatkan berhentilah buat pekara tak berfaedah ni. Masih x caya, cer periksa kos tukar getah wiper dengan kos tukar spring wiper, mana lebih murah! Kalau boleh tukar spring.....


perlu_angkat_wiper_kereta

angkat_wiper_kereta
Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment