Pages

Kos pesara kerajaan RM100 billion pada tahun 2050

100 billion?
LHDN kutip ~ 140 billion je setahun setakat ni, camne tu?
Maka para bijak pandai negara, hatta Majlis Professor Negara, Pemandu, Menteri dll, fikirkanlah...


PUTRAJAYA  - Jumlah pesara kerajaan dijangka meningkat daripada 775,000 orang ketika ini kepada 1.5 juta pada 2050 seiring trend peningkatan jangka hayat penduduk daripada 75 tahun kepada 85 tahun dalam tempoh tersebut, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata trend itu turut dijangka meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk pesara daripada RM20.35 bilion pada 2016 kepada RM100 bilion pada 2050.

"Bagi pihak kerajaan, kita sedang meneliti trend ini dan implikasi besar kepada masa depan negara yang melibatkan tuntutan untuk membuat pengubahsuaian kepada polisi dan dasar yang dijalankan kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa bersama 2,000 pesara kerajaan di Seri Perdana.

Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata satu lagi trend yang dijangka mampu memberi kesan besar kepada daya saing dan produktiviti negara ialah kadar kelahiran yang semakin menurun, sekali gus menjadikan Malaysia sebuah negara menua.

"Kita perlu kadar kelahiran 2.1 peratus, tetapi hari ini kadar replacement (kelahiran) kita turun kepada 1.9 peratus, bererti semakin hari kita akan jadi aging society (masyarakat menua)," katanya.

Datuk Seri Najib berkata di Jepun, pertumbuhan negara itu sangat perlahan akibat fenomena masyarakat menua yang telah mengubah struktur negara tersebut.

Justeru katanya, percambahan fikiran perlu dilakukan untuk menentukan perubahan yang perlu dilakukan terhadap dasar-dasar negara.

"Apakah implikasinya kepada kos kesihatan atau (adakah) yang bersara mempunyai cukup simpanan dan dana untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan selesa.

"Mereka yang bersara kerajaan mungkin akan memperoleh pendapatan lebih selesa berbanding swasta, walaupun saya sedar yang bersara dari kerajaan pun ada cabaran yang terpaksa dihadapi," katanya.

DatukSeri Najib berkata kerajaan akan sentiasa mengambil berat kebajikan pesara-pesara kerajaan yang telah berbakti kepada negara dan berharap mereka juga akan meneruskan perjuangan bersama kerajaan.

(Sumber - Bernama)

#dahpencen hanya harap pencen masuk setiap bulan sampai.....

#dahpencen
Macamana lah statistik dan kos perubatan ni nanti

No comments:

Post a Comment