Ini tips untuk yang memerlukan, bukan kedekut kerana kereta adalah "depreciating asset". Asset yang akan menyusut nilai sehingga tiada nilai.
Majlis perbandaran sedang mengalami masalah sakit kepala yang amat sangat bab kereta tobiar yang dah "tak der" nilai.
Duit lebih tu buat simpan, beli rumah, beli tanah ke, itu adalah "appreciating asset".
Tips 1 - Beli kenderaan yang betul
Cari senarai tahunan kereta yang kemungkinan besar bertahan lebih daripada 300,000km. Risik-risik di portal sesawang berkaitan kereta terpakai.
Tips 2 - Ikuti jadual penyelenggaraan kereta anda
Setiap kereta mempunyai jadual penyelenggaraan sendiri, yang ditetapkan oleh pengilang atau pengeluar kereta. Pada kebiasanya, anda boleh mendapatkan jadual ini dalam manual kenderaan anda.
Jangan ngelat, ikut je.
Tips 3 - Tukar "timing belt" kereta sebelum sesuatu berlaku
Ramai orang melangkau penggantian "timing belt" kerana ia boleh menelan kos beberapa ratus ringgit untuk penukarannya. Tetapi mengabaikan penyelenggaraan ini boleh menjadi satu kesalahan besar.Bergantung pada bagaimana enjin anda dikonfigurasikan, "timing belt" bertanggungjawab untuk menjaga strok injap dan strok piston daripada merosakkan satu sama lain.
Sekiranya "timing belt" terputus, injap dan piston akan bertembung antara satu sama lain, menyebabkan injap bengkok (paling biasa), kepala silinder atau kerosakan camshaft, dan mungkin juga kerosakan dinding silinder.
Tips 4 - Beli alatganti yang berkualiti
Membeli alatganti kereta dan barang-barang yang berkaitan dengannya yang murah adalah satu lagi contoh cara menjimatkan wang hari ini, tetapi boleh membebankan dalam jangka masa panjang.
Gunakanlah minyak engin berkualiti seperti yang dicadangkan dalam manual kereta.
Tips 5 - Cari mekanik yang hebat dan jujur
Cari mekanik yang boleh memberikan nasihat yang baik dan penjagaan kereta tanpa melubangkan poket anda.
Tak percaya kereta boleh digunakan melebihi 300,000km dengan engin asal? Wira saya gunakan selama 9 tahun dijual pada 290,000km! Itu pon jual disebabkan terpaksa upgrade kereta yang lebih luas.
Used car dealer tu kata "Bos, you duduk ini kereta 9 tahun ke?"
Apa hal? tanya saya.
"Please la, lain kali jangan buat ini macam lagi"
Lantaklah, apa dia nak suggest tu.
Baru-baru ni saya jumpa satu teksi Pesona kat bengkel, mileage kereta tu dengan engin asal dah 500,000km. Nie tips abang teksi tu, jaga minyak hitam, ikut maintenance.
Jadi tips dah bagi, nak ikut ke tak, terpulanglah....
Kereta pra-matang mungkin sebab ngelat maintenance |
No comments:
Post a Comment