Pages

Jom ke koppim

 moh le ke koppim, mai la pi koppim, jom la pi jadi #ahlikoppim.

Saya #ahlipencadangkoppim menyeru semua join koperasi berdaftar ni.  Kita nak berniaga tak mampu, jadi jomlah bantu sikit-sikit apa yang kita mampu. Esok-esok in syaa Allah koppim berjaya, kita semua berjaya.

 




ahlipencadangkoppim

 
 
Realitinya kita perlu membina ekosistem ekonomi islam supaya kita mampu berdiri dengan sendiri. Orang pencen tak sekuat dulu dah, jadi bagi bantuan modal aje, biar mereka pulak yang pulun.

Jomlah bersama mendaftar sebagai #ahlikoppim. Anda boleh gunakan #pencadangahlikoppim 9324 untuk pendaftaran anda.
 
Kita sama-sama bina ekosistem ekonomi islam ye 😊
 



 

 

Cari sumber air di kebun

Sape sape yang ada kebun tetapi tak ade sumber air boleh cuba teknik ini. Saya belum cuba lagi, tak tahu kesahihannya.

Terima kasih pada insan yang beri idea ni.



Baki tinggal RM76 jer setiap bulan


RAKYAT Malaysia berbelanja lebih dalam perbelanjaan rumah tangga pada 2016, dengan mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 mempunyai lebihan pendapatan hanya RM76.
Menurut laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), rakyat Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan didapati berbelanja lebih dalam perbelanjaan isi rumah pada 2016, sekali gus mengurangkan pendapatan boleh guna mereka.

KRI dalalam laporannya mengenai "Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza" melaporkan bahawa purata perbelanjaan isi rumah pada 2016 adalah RM4,033, meningkat daripada RM1,161 pada 1993.
Dalam sorotannya terhadap isu berkenaan, laporan itu menyatakan bahawa pada 2016, isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,000 telah membelanjakan 94.8 peratus dari pendapatan mereka untuk barangan pengguna, meningkat dari 91.9 peratus dari pendapatan mereka pada 2014.
Isi rumah yang berpendapatan atas RM15,000 sebulan hanya membelanjakan 45 peratus dari pendapatan mereka pada 2016, iaitu peningkatan dari 41 peratus daripada pendapatan mereka yang dibelanjakan pada 2014.

“Median pendapatan isi rumah pada 2016 ialah RM5,288, manakala kira-kira 67 peratus daripadanya dibelanjakan bagi perbelanjaan isi rumah, meningkat dari 65.1 peratus pada 2014,” kata laporan itu.
Laporan itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, hari ini.
Menurutnya, lebihan pendapatan selepas ditolak perbelanjaan telah berkurangan bagi semua peringkat pendapatan.

"Apa yang membimbangkan ialah bagi isi rumah berpendapatan bawah RM2,000, pendapatan yang masih berbaki selepas mengambil kira inflasi hanyalah RM76 pada 2016, berkurangan daripada RM124 pada 2014.

Ia berpotensi mendedahkan isi rumah yang berpendapatan bawah RM2,000 kepada apa-apa kejutan ekonomi atau kecemasan. Antara tahun 2014 dan 2016, isi rumah dengan jumlah pendapatan bawah RM5,000 kurang berbelanja untuk makanan walaupun lebih banyak wang dikeluarkan bagi maksud itu disebabkan kadar inflasi harga makanan yang tinggi,” katanya.

Sumber dari New Straits Times Press (M) Bhd


..............................................................

Yang berpendapatan kurang RM2k tu rata-rata yang berpencenlah tu. Dah nasib badan, kata SST boleh kurangkan harga barang, makin naik lagi adelah.... Kesian kat kami, 95% pendapatan buat beli makanan, camner nak bayar bil dan lain-lain keperluan?


Hiasan: Yang merasai kesempitan, carilah freemarket


Guna kereta sehingga 300,000km


Ini tips untuk yang memerlukan, bukan kedekut kerana kereta adalah "depreciating asset".  Asset yang akan menyusut nilai sehingga tiada nilai.

Majlis perbandaran sedang mengalami masalah sakit kepala yang amat sangat bab kereta tobiar yang dah "tak der" nilai.

Duit lebih tu buat simpan, beli rumah, beli tanah ke, itu adalah "appreciating asset".


Tips 1 - Beli kenderaan yang betul
 Cari senarai tahunan kereta yang kemungkinan besar bertahan lebih daripada 300,000km. Risik-risik di portal sesawang berkaitan kereta terpakai.


Tips 2 - Ikuti jadual penyelenggaraan kereta anda 
Setiap kereta mempunyai jadual penyelenggaraan sendiri, yang ditetapkan oleh pengilang atau pengeluar kereta. Pada kebiasanya, anda boleh mendapatkan jadual ini dalam manual kenderaan anda.

Jangan ngelat, ikut je. 


Tips 3 - Tukar "timing belt" kereta sebelum sesuatu berlaku
Ramai orang melangkau penggantian "timing belt" kerana ia boleh menelan kos beberapa ratus ringgit untuk penukarannya. Tetapi mengabaikan penyelenggaraan ini boleh menjadi satu kesalahan besar.Bergantung pada bagaimana enjin anda dikonfigurasikan, "timing belt" bertanggungjawab untuk menjaga strok injap dan strok piston daripada merosakkan satu sama lain.

Sekiranya
"timing belt" terputus, injap dan piston akan bertembung antara satu sama lain, menyebabkan injap bengkok (paling biasa), kepala silinder atau kerosakan camshaft, dan mungkin juga kerosakan dinding silinder.


Tips 4 - Beli alatganti yang berkualiti
Membeli alatganti kereta dan barang-barang yang berkaitan dengannya yang murah adalah satu lagi contoh cara menjimatkan wang hari ini, tetapi boleh membebankan dalam jangka masa panjang.

Gunakanlah minyak engin berkualiti seperti yang dicadangkan dalam manual kereta.




Tips 5 - Cari mekanik yang hebat dan jujur
Cari mekanik yang boleh memberikan nasihat yang baik dan penjagaan kereta tanpa melubangkan poket anda.


Tak percaya kereta boleh digunakan melebihi 300,000km dengan engin asal? Wira saya gunakan selama 9 tahun dijual pada 290,000km! Itu pon jual disebabkan terpaksa upgrade kereta yang lebih luas. 

Used car dealer tu kata "Bos, you duduk ini kereta 9 tahun ke?"

Apa hal? tanya saya.

"Please la, lain kali jangan buat ini macam lagi" 

Lantaklah, apa dia nak suggest tu. 


Baru-baru ni saya jumpa satu teksi Pesona kat bengkel, mileage kereta tu dengan engin asal dah 500,000km. Nie tips abang teksi tu, jaga minyak hitam, ikut maintenance.

Jadi tips dah bagi, nak ikut ke tak, terpulanglah....

guna-kereta-300000km
Kereta pra-matang mungkin sebab ngelat maintenance