Pages

Selepas bersara, tukar cili dengan beras


Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, Talib tidak lagi berniaga selepas isterinya terlantar, anak keempatnya Siti Nur Asyila, 23, kini bertindak sebagai suri rumah yang menjaga dua abangnya yang OKU, dan ibunya.

Kata Talib kos perbelanjaan menanggung perbelanjaan anak serta perubatan isteri mencecah hampir seribu ringgit setiap bulan. Dengan kadar pencen hanya RM530 sebulan ia sememangnya tidak mencukupi.

Jelas Talib mujurlah Yayasan Pok & Kassim (YPK) memberikan tugas untuknya memotong rumput di sekitar Sungai Baru dengan upah sebanyak RM400 sebulan.

“Sebelum isteri sakit, saya ada mengambil kursus kontraktor kelas F, namun tiada sebarang projek diberikan kepada saya. Projek yang ada hanya projek kecil-kecilan seperti di YPK dan menyelenggarakan tandas tersumbat oleh Jabatan Kesihatan.

“Jumlahnya tidak banyak namun ia serba sedikit membantu saya sekeluarga. Selain itu, saya turut mendapat sumbangan daripada Persatuan Bekas Tentera Negeri Perlis (PBTN),” katanya.

Talib berkata dia bukan terlalu mengharapkan sumbangan, namun..... Baca Lagi

Artikel oleh Sinar Harian, #sayadahpencen

No comments:

Post a Comment