#sayadahpencen dan Atok mungkin dah terlewat tetapi masih ada masa untuk pesan pada anak cucu simpan 15 hingga 20 peratus daripada gaji.
Menurut laporan HSBC, 'Masa Depan Persaraan: Satu Perimbangan', 49 peratus daripada mereka berkata, pembayaran balik hutang menghalang mereka untuk membuat persediaan persaraan yang selesa.
Kemelesetan ekonomi dunia juga menjejaskan pelan persaraan mereka di mana 36 peratus telah berhenti atau mengurangkan simpanan melalui deposit tunai, anuiti atau pelaburan; 32 peratus kurang berkemampuan menyimpan untuk persaraan dan 28 peratus mendapati diri mereka akan terjebak dengan hutang.
"Saya harap generasi muda melihat ke depan mengenai persaraan dan hal-hal kesihatan dan tidak bergantung semata-mata kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kerana ia akan bertahan kira-kira lima tahun jika mereka mempunyai purata simpanan RM50,000,” katanya.
Sebagai permulaan, mereka yang berusia antara 20 dan 30 tahun perlu menyimpan kira-kira 15 hingga 20 peratus daripada gaji mereka setiap bulan dan meningkatkannya beransur-ansur apabila gaji bertambah.
Laporan berdasarkan hasil kajian dalam talian ke atas 1,000 orang dalam usia bekerja (25 dan ke atas) serta dalam persaraan oleh Ipsos Mori pada Ogos dan September 2014. #awakdahpencen? #sayadahpencen

No comments:
Post a Comment